Aku teringat satu kisah, masa zaman aku sekolah menengah dulu. Time tu aku form 2. Aku dengan member aku dipanggil ke bilik penyelia petang. Aku sebab rambut panjang, member aku sebab kantoi hisap rokok kat toilet.
Mak bapak member aku tu kena datang. Mak bapak aku takyah. Apalah sangat rambut panjang. Paling koman pun ade sesi potong rambut tepi bangunan sekolah. Si tukang gunting rambut tu tak lain tak bukan penyelia petang aku sendiri. Cis.
Masa mak bapak member aku tu sampai, aku dok kat luar bilik penyelia. Tengah tunggu turn. Aku pun curi dengar perbincangan dorang kat dalam bilik.
Penyelia: Anak encik ni ditangkap merokok di dalam toilet sekolah. Ini adalah kes yang serius. Saya tidak ingin bawa kes ini ke atas kerana akan menyusahkan anak encik.
Bapa: La, saya tak tahu pula anak saya ni hisap rokok. Lepas ni boleh la saya pow dia je.
Sumpah benda ni jadi. Aku tak tipu. Seingat aku, suasana dalam bilik tu sunyi sepi untuk beberapa minit.
Reaksi aku? Aku cuma berdekah je.
Dua tiga hari lepas tu, aku nampak member aku ni merokok dengan bapak dia dalam kereta sebelum masuk sekolah. Siap dengan mak dia sekali merokok.
Betul-betul nampak macam iklan 'Keluarga Bahagia'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
0 comments:
Post a Comment